Congratulation!
You Have Entered The Lamest Blog In History


Khamis, 22 Januari 2009

--Jom Layan--

Helww...banyak sangat citer yanga ku dapat from my emel....so, nak kongsi2 laa jugak sikit...maybe some dah baca...saje jer nak letak....ngeeheheheee....aku x nak sedey2...nak kongsi sikit jer....

Cucur Udang vs Cucur Badak

Ali bengang sungguh bila dia dapati cucur udang yang dibeli tiada seekor udang pun di dalamnya.. Lalu dia pun patah balik ke gerai makcik jual kuih tu..

Dengan panas hati dia tanya pada makcik yang jual cucur itu… “Makcik, kenapa cucur udang ini seekor udang pun tiada?!”

Makcik yang jual tu pun dengan selambanya menjawab, “habis tu yang kau beli cucur badak ada tak badak di dalamnya?! Macam mana pula dengan cucur kodok, ade tak kodok yg melompat kat kau?!”

Ali rasa macam nak bunuh diri dengan jawapan yang diberi makcik tadi….

**Moral: Hidup ni kena byk bersabar! Sabar adalah sebahagian dari IMAN. Anggap segala yg berlaku, hanya untuk menguji keIMANan kita…. AMIN…


Tahukah Anda?

Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi.

Tahukah Anda bendera negara Denmark telah dicipta 700 tahun lampau, menjadikan bendera paling lama digunakan di dunia lebih lama daripada penggunaan susu cap bendera.

Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet.

Tahukah Anda cicak memutuskan ekornya apabila diganggu. Apabila cicak menyedari yang dia diekori oleh sesuatu, ia akan memutuskan ekornya supaya benda itu tidak mengekorinya lagi atas alasan tanpa ekor sudah tentu ia tidak akan diekori lagi.

Tahukan anda bahawa seorang manusia normal tidak boleh menyentuh telinganya sendiri menggunakan siku.

Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya.
Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar.

Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan.

Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan.

Dan tahukah anda bahawa hampir kesemua pembaca blog ini telah mencuba untuk menyentuh telinga menggunakan siku… CAYALAH!!!

(Ehem2....mana dia tau? AHAHAHAAA!!! Caayaalaah jugak!!)

Segarkan Minda Anda!

Kalau mengantok bacalah teka teki ni….

Dalam Banyak2 air, air apa yg paling berani? Ha.Ha. Ape bende tu? Kalau nak tahu, jawapannya ialah air kopi.. eh.. eh takdelah jawapan yg sebenarnye ialah air terjun.. sebab dia berani terjun!!!! Ha!!! Ha!!! Ha!!!!!

Banyak-banyak binatang, binatang apa keluar haid… nak tau cari sendiri.. takdok eh..

jwpn: kura-kura..ala tu pun tak tahu…keluar HEAD..saja buat lawak..tak paham jugak. ala kepala le..

Dlm 1 pertunjukkan, seorg ahli silap mata tela memijak kaca dengan tapak kakinya.. Tetapi dia x mengalami kelukaan.. lalu dia memijak paku yg brtaburan..dan x luka juga.. apabila selesai persembahan dia jln terhencut2 kerana terpijak tahi ayam…hehehe… ok x … lawak x…

Dlm bnyk2 binatang, binatang ape yg bertelur dan beranak? kira 2 alam la niiii. ha jawap2. nak tau jawapanye? siput babi laaaaa. ye la siput bertelur, babi beranak. kenape x percaye ye?

Kalau anda ni semuanya pandaiiii cuba teka, banyak-banyak sungai, sungai apa yang paling berat?

Jawapaaaaaaannya ialah Sungai Besi… Ha ha ha… lawak tak… alahhhh, lawaklah ye..

Kereta dengan motor, mana lebih tua? ha.. jawablah.

-saya bagi 2 saat.

-…..1 saat

-…..2 saat

oklah jawapannya adalah motor, sebab motor pakai tongkat…MUAHAHAHA-….. WASSALAM

Dlm banyak-banyak pokok, pokok apa yg baik hati? aku tak sanggup dah tengok sure hampa teriak. kuaq ayaq mata ooo…… jawapan dia pokok pisang sebab dia keluarkan jantung dia.

Ni dia satu lagi teka teki dari aku..huruf jawi apa yang ada angin…keh keh keh.. jawab jgn tak jawab.. nak tau apa. huruf TA dan YA laa…kan jadi TAYAR tu.. HEHEHE

Nih aku nak teka ni…kasut apa yang paling keras?? haa.. pikiaq2.. apa? kasut batu..salah maa.. kasut BATA laaaa…muhahaha.. lawak ka????

Sebuah bas telah berhenti secara mendadak kerana hampir terlanggar seekor katak. apakah yang akan turun dahulu selepas pemandu itu behenti? jawapannya ialah meter bas tulah

Antara huruf A hingga Z,banyak-banyak huruf tu.. mane huruf yang boleh kahwin.. ahhh sape dapat jawab???? senang jer… tahu tak jawapannya? aahh jawapannya ialah… huruf i ngan u lerrr.. hehehehehe. nih antara pasangan bercinta lerrr. hehehehe

Kalau korang pandai math, 5 orang cina tolak 3 orang india, jadi apa? orang india tu jatuh lah…. keh keh keh!!!

Ada 3 biji limau kendian di bahagi kepada 3 bahagian.. lepas tu di bagi pulak pada 3 org.. baper seorang dapat? kes kes kes kes korang mesti lemah IQ kan.. jawapannya sorang dapat sebiji limau ler.. sbb sama gak ko potong atau tak hehehhe mesti dapat sorang sebiji

Ok aku nak tanya hampa. benda apa kalau naik tak turun dah? kui..kui..kui jwpn dia umuq la.ish…ish..ish hampa ni

Murid1: Cikgu, Sungai seget di mana?
Cikgu: …..(Diam jer).
Murid2: Ha kau balik rumah nanti kau pergi tanya mak kau. Ajak pergi bercuti sekali kat sana.
Bila dirumah.
Murid1: Emak! Sungai seget kat mana? Jom kita gi bercuti!.
Emak: Palahotakko! Sape yang nak cuti kat tepi parit tu! (Sungai seget tu kat JB. Sape yang dok JB tau la kat mana sungai seget tu)

Seorang pemandu teksi terkejut besar apabila dicuit oleh penumpangnya dari belakang lantas memberi amaran supaya tidak melakukan demikian lagi. Katanya ini adalah hari pertama beliau memandu teksi setelah 30 tahun jadi driver kereta jenazah… faham faham aje lah.

Cuba teka, mouse komputer, jantan ke betina? jawapannye betina ler.. pasal dia pakai pad. hehe (kuang hajaq!! Tp, klaka gak!! Wakakakaaaa!!!)

Ada sekor gajah dan sekor kancil, berjalan2 dalam hutan. Suatu ketika, mereka terjumpa sebuah titi. Semasa kancil menaiki titi tersebut, titi tersebut runtuh. Kancil telah patah kaki. Gajah pula patah… Gajah patah apa rasanya ya? Gajah PATAH BALIK kot!

Dalam banyak banyak lembu, lembu apa yang semua petani cari, (any answer?)…. lembu yang hilang lah ngok. kalau tak hilang siapa lah ada masa nak kisah pasal lembu.

Hidupan apa di dalam laut paling tua. jawapannya udang sebab dia sudah bongkok dan berjanggut.. ha ha ha ha

Cube teke ye benda apa apabila kita berdiri dia baring, bila kita baring dia berdiri? Jawab2 jangan tak jawab. Ape? tak tahu jawapannye la senang je jawapannye tapak kaki la……

Banyak2 ikan, ikan apa yang pemalu… jawapannyer: ikan sardin. sebab nyer dier duduk dlm tin..

ANDAIKATA ANDA TERJUMPA MAYAT MANUSIA DAN BANGKAI HAIWAN YANG MANA SATU ANDA PERLU TUTUP DAHULU? JAWAB.. JAWAB JGN TAK JAWAB.. DUA-DUA..? SALAHLA.. TAK TAHU.. TENTULAH HIDUNG.. (xkan nak tutp mato kot??)

APAKAH BENDA YANG KITA POTONG IA TETAP AKAN PANJANG? HA JAWAPANYA MESTILAH KACANG PANJANG KAN. TAKKANLAH DAH POTONG KITA KENA PANGGIL KACANG PENDEK TAK SESUAI TAU.

Udin dan Isteri Pekak

Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.

“Seberapa burukkah pendengarannya?” tanya doktor.

“Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya.”

“Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya.”

Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur. Dari jarak 6 meter ia berteriak, “Makan apa kita malam ini?” Tak ada jawapan. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama. Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.

Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya. “Makan apa kita malam ini?” katanya separuh menjerit.

Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:

“Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!”

(Korang faham ekk? Aku confuse suda...wakakakakaaa!!)

Membeli Durian Bersama Pak Pandir

Pak Pandir pergi ke sebuah pekan untuk membeli buah durian, lalu dia menghampiri seorang penjual buah durian yang merupakan orang asli tempatan.

Pak Pandir: “Bang harga durian ini berapa?”

Org Asli: “Yang ini, sepopit sebiji.”

Pak Pandir kebingungan mendengar jawapan dalam bahasa orang asli itu kerana dia tidak memahami berapa nilainya sepopit itu. Lalu Pak Pandir buat-buat tahu dan cuba menawarnya.

Pak Pandir: “Bang, boleh kurang sikit tak?”

Org Asli: “Boleh saja, nak kurang berapa?

Pak Pandir: “Lahupa, boleh ya!”

Penjual orang asli itu kebingungan, lalu bertanya pada Pak Pandir.

Org Asli: “Lahupa itu berapa?”

Pak Pandir: “Cakap dulu, Sepopit itu berapa?”

(Adoi laa!!! Orang akhir zaman laa katakan...wakakakakakaa!!!)

~OKAY LOH!!~~ hanya bersantai kejap....eheheheheee....

0 comments: