Congratulation!
You Have Entered The Lamest Blog In History


Khamis, 22 Januari 2009

~Perbezaan Jantina Semasa Makan Tengahari~

Betul ker semua nie? Ehem2....kita tgk laa sendiri okay? Ngeee...

Lelaki:

1.Waktu rehat, jalan ke tempat makan;
2.Sampai kedai makan, masuk;
3.Ambik Pinggan;
4.Letak nasi;
5.Letak lauk;
6.Ke kaunter untuk bayar nasi dan minuman sekali;
7.Makan;
8.Habis;
9.Balik pejabat; atau
10.Terus ke surau

Perempuan:

1.Waktu rehat, jalan ke kedai makan;
2.Perhatikan orang waktu jalan;
3.Sempat mengumpat dulu;
4.Sambil jalan betulkan tudung, tengok baju sendiri, tengok kaki;
5.Tengok baju orang lain, terutama yang cantik dari baju sendiri;
6.Sampai kedai makan, jenguk-jenguk dahulu;
7.Ramai orang, cari kedai lain;
8.Jalan lagi;
9.Dah puas hati.. masuk;
10.Survey lauk dulu, 2 3 minit;
11.Cari-cari pinggan, ambik pinggan;
12.Belek-belek pinggan, bersih atau tak bersih? ..eeeeiiii;
13.Dah puas hati, ambik nasi;
14.Ambik nasi ceduk sikit-sikit;
15.Tak sah kalau tak ceduk 2/3 kali;
16.Buang balik nasi, banyak..;
17.Tak puas hati, banyak lagi.. buang lagi.. (tinggal sejemput);
18.Godek-godek sikit nasi dalam pinggan 2 minit;
19.Carik lauk, survey dulu keliling meja, tengok sana, tengok sini;
20.Jenguk dalam bekas lauk, ambik kuah sikit;
21.Jenguk bekas lauk lain, ceduk kuah sikit lagi;
22.Jenguk lagi? Sambil tu tengok-tengok orang, jeling-jeling;
23.Ambil lauk;
24.Pusing lagi;
25.Carik sayur pulak!;
26.Ambik sayur selepas survey dan keliling 2 minit;
27.Ke kaunter bayaran;
28.Tengok-tengok nasi dalam pinggan;
29.Berbisik dengan kawan “alamak banyak la aku ambik”;
30.Sampai depan kaunter, “berapa?”;
31.Bukak dompet.. belek-belek celah kad-kad bank, celah kad-kad nama, celah gambar-gambar..;
32.Keluarkan duit;
33.Buat isyarat mata ngan member (sebab nasi mahal);
34.Tutup dompet, ambik nasi;
35.Tinjau-tinjau tempat duduk;
36.Jumpa tempat duduk.. alamak kotorlah!!!;
37.Cari tempat duduk lain;
38.Jumpa, duduk..;
39.Alamak, air tak order lagi;
40.Tinjau-tinjau, cari orang order air.. sambil tangan betulkan tudung;
41.Order air;
42.Bangun;
43.Ambik sudu;
44.Duduk;
45.Bangun;
46.Ambik Tisu;
47.Duduk;
48.Air sampai;
49.Belek dompet (Step tadi);
50.Bayar;
51.Tutup;
52.Minum air;
53.Start makan;
54.Tengok-tengok orang sambil makan;
55.Makan separuh.. kenyang;
56.Sebab dah minum air;
57.Letak sudu, letak garpu;
58.Pinggan tolak tepi;
59.Borak-borak kata makanan tak sedap;
60.Ngumpat-ngumpat.. tengok orang;
61.Pukul 2, naik pejabat;
62.Ambik beg make-up, pergi surau!!!

Patutlah perempuan lebih kompleks dari lelaki dari segi emosi…

~OKAY LOHH!!~~ Betul ker? Eheheheee....mungkin kita x pasan...but, ianya memang betul....

0 comments: