Congratulation!
You Have Entered The Lamest Blog In History


Selasa, 7 September 2010

Intro Cinta Tak Bersalah


Setelah berjaya mengharungi kehidupan remaja, mereka akhirnya melangkah ke alam dewasa. Tanggungjawab yg ada juga semakin berat membebani. Terpulang pada Hairil, Haliqah, Ilah dan Nabhan sendiri untuk memilih jalan yg diinginkan. Hairil dan Haliqah telah selamat mendirikan rumahtangga setelah tamat pembelajaran dan kini masing-masing sudah mempunyai tugas. Begitu juga Nabhan namun berbeza dengan Ilah yg diterima untuk melanjutkan pelajaraannya di luar negara. Nabhan terpaksa akur dengan kehendak kekasihnya itu dan berjanji akan meminangnya setelah Ilah betul-betul bersedia. Semasa berada di luar negara, satu lagi dugaan telah diberikan pada Ilah. Aiman yg dulu menghilang tanpa khabar akhirnya muncul bersama hajat di hati. Jarak Nabhan dan Ilah yg jauh terpisah membuatkan Aiman mudah untuk merampas kembali gadis kesayangannya itu. Aiman sering kali berada di sisi Ilah ketika dia dalam kesusahan. Kemanisan kata-kata yg terbit di bibir lelaki itu juga telah mencairkan semula hati Ilah yg telah beku dengan kata-katanya. Aiman juga sering mengambil kesempatan untuk mengelakkan Ilah bertanya khabar dengan Nabhan yg berada di Malaysia dengan mengajak Ilah keluar makan malam bersamanya. Semakin hari, Ilah semakin terlupa dengan Nabhan dan mula beralih cinta pada Aiman. Sanggupkah Ilah menolak cinta Aiman yg merupakan bekas kekasih pertamanya? Bagaimana pula dengan Nabhan yg masih menanti gadis itu?


Fyqah juga sudah melangkah pergi meninggalkan alam remaja namun masih melanjutkan pelajaraannya di universiti yg sama dengan kakaknya, Ilah, beberapa tahun yg lalu. Di sana, Fyqah, Farah, Fafa, Amal dan Azee mula mempelajari erti sebenar kehidupan remaja. Pahit manis yg pernah dialami oleh Ilah, kini dirasai sendiri oleh lima bersahabat itu sendiri. Fyqah masih belum menemui lelaki yg bisa meruntuhkan dinding hatinya yg sekian lama terbina. Akan adakah hadirnya seseorg yg berjaya menawan hati si gadis?


Fafa sudah mulai berjinak-jinak dengan erti 'cinta' yg sering didengarnya namun tidak pernah mengetahui perasaan itu. Seperti budak baru belajar, hatinya kini terpaut dengan Nabil, seorang budak senior kepada mereka berlima. Tidak tahu bagaimana hendak meluahkan perasaan yg kian terpendam di hatinya dan hanya berharap lelaki itu dapat mengesan apa yg sebenarnya diinginkan.


Amal tetap seperti dulu, masih dikelilingi ramai org kerana kecantikkan yg ada padanya. Namun semua itu hanya merimaskan apabila dia terpaksa berhadapan dengan beberapa org pelajar yg berburuk sangka dengan dirinya. Sudah penat hendak menerangkan satu persatu dan kini hatinya sudah pudar untuk menerima sebarang lamaran memandangkan dia baru sahaja memulakan semester yg pertama di universiti itu.


Farah juga sama seperti dahulu, perbezaannya hanya pada hati. Hatinya kini semakin lembut dan mudah saja terpaut sejak mereka tamat STPM. Meskipun begitu, sikapnya tetap sama. Masih berminat dengan baju kemeja dan bukannya mini skirt mahupun blouse yg kerap dipakai oleh pelajar-pelajar di universiti itu. Farah selesa dengan gayanya yg tersendiri membuatkan dia tidak kisah dengan apa yg dikatakan padanya. Asal selesa itu sudah mencukupi. Tidak perlu menjadi hipokrit semata-mata hendak diterima oleh pelajar lain.


Azee merupakan pelajar baru yg berasal dari kampung dan menetap di Kuala Lumpur bersama sepupunya. Azee seorang yg bersahaja dan hatinya mudah terusik. Dikatakan sebagai seorang penghibur di kalangan sahabat-sahabatnya. Meskipun baru berkenalan, namun persahabatan mereka tidak mengira jangka masa. Berbeza dari yg lain, Azee lebih berpengalaman dalam memilih pasangan dan sentiasa memberi nasihat kepada sahabat-sahabatnya tentang hal percintaan.


Hafiz dan Irham juga belajar di universiti yg sama dan mereka tidak tinggal bersama dengan keluarga tetapi tinggal di asrama yg telah disediakan. Senang untuk mereka berulang alik jika sekiranya hendak mengulangkaji pelajaran. Bagi Irham, ini kali pertama dia terpaksa berjauhan dengan keluarganya sendiri. Pihak atasan meminta Irham untuk menetap di asmara untuk kemudahan Irham belajar. Hafiz pula terpaksa menemani sepupunya itu, memandangkan Irham masih belum terbiasa dengan keadaan di kota besar itu.


Kini mereka pula yg digabungkan dalam satu universiti. Peluang untuk mereka mengenal diri sendiri, sahabat handai dan berdikari sendiri. Tiada lagi 'suapan' dari keluarga. Setelah 2 tahun mereka tidak bertemu, akhirnya di sini mereka dipertemukan. Hafiz semakin terpegun melihat kecantikkan Amal. Sungguh jauh bezanya berbanding dahulu, begitu juga Fyqah. Masing-masing sudah pandai berhias diri. Tetapi Fyqah terlupa tentang insiden yg pernah terjadi di antara dia dan Hafiz yg menyebabkan mereka melancarkan peperangan dingin. Amal masih mengenali Hafiz dan turut sama terpaut dengan ketampanan lelaki itu.


Persahabatan Farah dan Fafa mulai renggang setelah Fafa menyedari Farah seperti menyimpan perasaan terhadap Nabil, namun dia tidak berani bertanya. Tidak sanggup mendengar jawapan jika sangkaannya itu tepat. Tidak sanggup melihat sahabat sendiri berjaya memiliki hati org yg disayanginya. Keakraban Nabil dan Farah begitu menggugat perasaan Fafa dan menyebabkan Fafa tidak mahu mendekati dirinya dengan Farah.


Kehadiran Hafiz dan Irham dalam kelas Kesusasteraan Melayu membuatkan Fyqah terkejut besar. Seakan-akan tidak percaya Irham turut sama belajar di situ. Namun dia tetap berpura-pura seperti tiada apa yg berlaku. Setiap kali memandang Irham, pasti anganannya melayang jauh entah kemana. Dia tidak mahu kenangan lalu kembali menghantuinya. Fyqah terpaksa menghadapi semua itu sepanjang berada di sana. Bagaimanakah kesudahan kisah hidup mereka setelah mengenal erti cinta? Masih adakah ruang di hati mereka untuk persahabatan setelah percintaan menambat kalbu? Bagaimana pula dengan pilihan hati Ilah? Masih adakah cinta untuk Nabhan? Bagaimana pula dengan Aiman jika dia menolak cinta dari lelaki itu? Sedangkan rasa cinta pada Aiman masih setebal dulu.



Karya Kedua Ciptaan Fyqah & Warn :)

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

amboi citer....cayok2 ok..:))

Kim Jae Yu berkata...

heehee~ tQ wynaa ;) citer yg paling mencabar.. huhu