Congratulation!
You Have Entered The Lamest Blog In History


Isnin, 9 November 2009

Intro Mata Hati

Mata Hati mengisahkan kehidupan dua org beradik yg mempunyai peribadi yg berbeza namun tetap sekepala.


Hairil merupakan anak sulung dan tanggungjawab yg harus dipikul sebagai abang begitu berat, kerana tahu bahawa satu hari nanti dia akan menjadi ketua keluarga. Membimbing keluarga dan anak isteri. Hairil yg belum pernah mengenal erti cinta tidak begitu gopoh hendak mencari kekasih kerana masih memikirkan tentang adik dan kedua ibu bapanya. Baginya, percintaan itu datang bila-bila masa kerana jodoh tidak kemana.


Berbeza dengan Nabhan yg merupakan anak bongsu kepada pasangan Encik Mahmud dan Puan Edah itu begitu bersikap bersahaja. Apatah lagi kedua org tuanya selalu memanjakannya. Nabhan merupakan anak emas dalam keluarga tersebut. Hairil tidak sedikit pun merasa terasing kerana ialah satu-satunya adik yg harus dibimbing dan dijaga. Nabhan menjalinkan hubungan dengan Jocelin, seorg gadis berbangsa Cina semasa dia melanjutkan pelajaraannya ke peringkat tinggi dan telah menghadapi berbagai masalah dalam percintaannya.


Ilah juga merupakan anak sulung dalam keluarga dan hanya mempunyai seorg beradik iaitu Fyqah. Ilah juga merasakan tanggungjawab yg sama dengan Hairil. Dia harus menjaga Fyqah yg baru sahaja berusia 18 tahun dan selesai SPM. Ibu mereka pula, Puan Maizah sentiasa memberi sokongan kepada dua org puterinya itu sejak ayah mereka hilang entah kemana. Ilah yg pernah terluka ketika bersama dengan Aiman akhirnya menyebabkan dia trauma hendak membuka semula pintu hatinya.


Haliqah pula ialah anak tunggal dan bukan berasal dari keluarga yg berada. Kedua org tuanya menetap di kampung dan dia terpaksa meninggalkan mereka demi melanjutkan pelajaraannya. Ketika berada di Kuala Lumpur, Haliqah tinggal sebumbung dengan Ecah dan merupakan teman baik kepada Ilah, di mana mereka belajar dalam satu universiti. Haliqah juga sudah muak dengan janji lelaki yg entah sampai bila akan tertunai namun baginya tidak semua lelaki begitu. Pasti ada yg lebih baik dari sebelumnya.


Di kota besar itu, keempat-empat mereka belajar di universiti yg sama dan akhirnya telah dipertemukan dengan cinta. Haliqah mula tertarik dengan Hairil yg merupakan pelajar baru di situ. Percintaan mereka berjalan lancar namun Zafuan, bekas kekasih Haliqah muncul kembali dan menuntut kasih yg dahulu. Siapakah yg bakal dipilih oleh Haliqah? Setelah Nabhan mengetahui rahsia sebenar Jocelin ingin mendekati dirinya, Nabhan mula menjauhkan diri dari gadis itu dan nekad hendak hidup tanpa cinta kerana tidak ingin terluka lagi. Hairil yg mengetahui keadaan itu tetap berusaha hendak mempertemukan Nabhan dengan Ilah yg merupakan sahabat baik kepada Haliqah. Setelah cinta bersemi, hubungan Nabhan dan Ilah kurang disenangi oleh Jocelin yg masih menyimpan dendam terhadap bekas kekasihnya itu. Berbagai rancangan telah tersedia untuk menghancurkan salah seorg dari mereka. Bagaimanakah kesudahan cinta kedua pasangan remaja ini?



Karya pertama ciptaan Warn, Fyqah & Tracie.

0 comments: