Congratulation!
You Have Entered The Lamest Blog In History


Selasa, 30 Mac 2010

Istimewa Seorang Sahabat

Helww...assalamualaikum smua. :) sehat x..? harap2 korg sehat laa ye..? heehee~ ptang nie aku xtau nak buat ape...sunyi semcm jer...~ so..aku nak hadiahkan puisi nie..(mcm laa aku reti sgt berpuisi bagai...) untuk kwn2 aku....terutama skali DK. NUR FATIN NADZIRAH BINTI PG. FADZIL :) and also to all my beloving theater friends... sbb aku rindu sgt2 kt korg.. :'( so, terimalah puisi yg x seberapa sgt nie ye.. hikhik~ if korg rse korg kwn aku... puisi ni tuk korg gak! haahaa! mwaaahh!




Ku cipta sebuah puisi
Sebagai tanda
Ku masih mengingatimu
Setiap ayat ku susun
Ku selitkan setiap rahsia
Ku ungkap sebuah kisah
Kisah antara kita.


Usia bukan perbezaan
Agama bukan larangan
Warna bukan pilihan
Jarak bukan perpisahan
Darjat bukan sanjugan
Sempurna bukan permintaan
Indah bukan keinginan.


Keikhlasan dipuja
Kejujuran dipinta
Hati suci didamba
Setia mendengar dicari
Saling memahami diingini
Sentiasa disisi dinanti
Penyembuh duka ingin dimiliki.


Senyuman menghiasi wajah
Menambah seri pada hari-hari ku
Sentuhan hangat tanganmu
Mengusir gusar di hatiku.
Setiap baris katamu
Bagai alunan melodi dalam hidupku
Setiap kali kau bersuara
Ibarat semangat yang kau berikan.


Andai masa bisa ku miliki
Kan ku hentikan untuk mendengar luahanmu
Andai bumi bisa ku miliki
Kan ku kekalkan malam untukmu
Agar bintang-bintang bisa menemanimu setiap detik waktu
Pabila diriku jauh darimu
Biar sang bulan menyinari kegelapanmu
Pabila ku sudah tiada di sisi mu.


Meskipun syurga tidak ku miliki
Asal bidadarinya sentiasa menemani
Ingat diriku di sini
Walau ku jauh
Kau tetap di hati.


Persahabatan yang kau berikan begitu berharga
Tiada ganti
Tiada jual beli
Tiada pudar dari hati
Setitis air mata mu mengalir
Ibarat sungai keperitan ku
Kan ku hentikan air mata itu
Kerana kau..sahabatku.. :)



heehee..~ pjg sgt ekk..? alaa..tetibe jer idea dtg.. amek sikit2...xtau plak pjg gini jdinyaa.. :) sorry kalo melalut yer..? skang aku mmg xperlukan 'CINTA' just 'SAHABAT' yg boleh dipercayai dah cukup untuk aku..~ okee laa.~ nak sambung novel plak.. sorry my syg2 smuaa...puisi aku buat untuk saje2 jer... sbb aku xtau laa smpai bila aku boley berkwn ngan korg kaaann..? hikhik~ aku dh start suke cipta puisi..weeehuuu! okee laa..aku nak rehat jap..sakit belakang derrr...


p/s: rndu KL, kak ilah, kak harney...& nubies2 smuaa.. :') bila lgi agaknyaa..? hikhik~ assalamualaikum!

0 comments: